Saturday, February 21, 2009

Berita Terkini

salam..n slamat sejahtera semua kengkawan

Saje nak kasi info terbaru. Minggu lepas Prof. Jamal ada call tanya pasal modul patologi. Dia nak buat soalan exam sebab bangi dah mintak. Dia tanya tajuk apa kita belajar n Rohi punya sekali. So, shahril cakaplah yang Rohi nyer takder exam..penilaian berdasarkan log book n report amali.

Apa yang bestnya..Prof Jamal nak buat macam Rohi jugak..takyah ada exam..penilaian melalui laporan yang ada 4 tuh ikut group..dan presentation masa study week nanti. So, kite semua kenalah buat yang terbaik untuk dapat mark yang banyak.At least lega satu paper dah takder masa exam nanti.

TU jer...

Wednesday, November 26, 2008

TAHNIAH PROF JAMAL

Tahniah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur (DIMP)

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada:

1. Prof. Dr. Jamaludin Mohamed, Jabatan Sains Bioperubatan, FSKB

2. Prof. Datin Dr. Mushrifah Hj. Idris, Penyelaras Pusat Penyelidikan Tasik Chini, FST

3. Prof. Dr. Mahani Mansor Clyde, Pusat Pengajian Sains Sekitaran & Sumber Alam, FST

kerana telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur (DIMP) yang membawa kepada gelaran Dato' sempena Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-78 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang pada 24 Oktober 2008 yang lalu. Syabas!

Monday, November 24, 2008

SUBJEK SEMESTER 4

PENAWARAN KURSUS SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2008/2009

Sarjanamuda Sains Bioperubatan - KL


NNNB4022 Tajuk Khas Sains Bioperubatan II

NNNB3063 Diagnostik Integratif II

NNNB4023 Penyelesaian Masalah II

NNNB3122 Patologi Kimia Lanjutan

NNNB401C Penyelidikan Sains Bioperubatan

Thursday, November 20, 2008

PENGUMUMAN BENGKEL PENULISAN

BENGKEL KAEDAH PENYELIDIKAN
PROGRAM EKSEKUTIF SAINS BIOPERUBATAN, TERAPI CARAKERJA, PENGIMEJAN DIAGNOSTIK & RADIOTERAPI DAN FISIOTERAPI, FSKB.

BENGKEL KAEDAH PENYELIDIKAN BAGI PROGRAM DI ATAS AKAN DIADAKAN PADA BUTIRAN SEPERTI BERIKUT:

TARIKH : 10 & 11 DISEMBER 2008
MASA : 8.30 PG-5.00 PTG
TEMPAT : KOMPLEKS PKP, JLN TEMERLOH, KL

* SEMUA PELAJAR DIWAJIBKAN MEMBAWA KOMPUTER RIBA (LAPTOP)