Wednesday, September 3, 2008

BANTUAN UNTUK HAWA

Ye, K. Boob jawab soalan multiple myeloma tu tapi tak taulah menepati kehendak Dr. Noor ke tidak. Yang no. 12 tu maksudnya prosedur-prosedur dalam pendiagnosan makmal yang boleh dipercayai yang diamalkan oleh makmal kita contohnya garis panduan penerimaan dan penolakan spesimen, kalibrasi ujian, Qc dan sebagainya. pendek kata apakah langkah yang kebolehpercayaan yang diamalkan oleh makmal kita apabila melakukan ujian dan mengeluarkan keputusan ujian tu lah. Agaknya lah.. Kak Boob siap je terus email ke Dr. Noor sebab malas nak fikir
Pengkelasan gammophaties ada beberap cara kak Boob buat yang di keluarkan oleh "The Durie-Salmon Staging System" dapat kat internet yang lain dah lupa tp Hawa boleh masuk Google taip je The Classification of Gammopathy

yang protein elektrophoresis tu K.Boob just terangkan interpretasi keputusan ujian je. itu sedikit sebanyak yang boleh dikongsi bersama. Takyah belanja tapi klu dapat pointer tinggi kira campur ngan k. Boob kemudian kita ambik purata je OK?

minta penjelasan sket kepada yang murah hati

Salam....

Nak tanya beberapa soklan nih..sumer berkaitan DR.NOOR punya..maklumlah baru nak buat. u all sumer dah siap kan..ada kekeliruan sket

KES 3- multiple myeloma (rasanya ada yang jawab soklan ni kot)

No 12..apa maksud technical account tuh ? Nak explain aper..prosedur setiap diagnosis lam tu ker? Kena citer detail ke tiap2 satu teknik ujiannya ?

Cth : serum protein elektroforesis - kena citer dari mula proses sampai dapat result ker.

No 6 : pengkelasan gammopathies ? sama ke dengan pengelasan immunoglobulin ataupon pengkelasan kes myeloma lain? cth : smoldering myeloma

Kak Boop jawab soklan ni gak kan..bleh kasi idea skeT

Nanti kalau betul semua, lepas grad saya blanjer makan besar-besaran..ekeke klu BETUL jer jawapannya

Tuesday, September 2, 2008

KONGSI CETA ORG UK

Hai hebat betul kau Sham. Gaya sakan kat sana tu. Dok nampak awek mat saleh putih-putih jgn pulak lupa anak bini kat sini. Kesian depa dok sahok tak dak bapak buka posa pun tak jumpa. Moga-moga raya kali ni paling bermakna bagi kau dan keluarg (sebab lama tak jumpa). Assignment dah siap semua ke..........

Salam Ramadhan


Asalamualaikum Abg2 / Kakak2 & Adik2 yang dikasihi,

Saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua, semoga puasa tahun ini adalah lebih baik daripada tahun2 sebelumnya. Saya sekarang sedang menjalani attachment kat University of Hertfordshire, Hatfield, UK. Untuk pengetahuan waktu berpuasa di sini lebih panjang sedikit (imsak, 4:13am dan buka, 7:44pm), tapi ia satu pengalaman yang menarik untuk saya kongsikan dengan saudara-saudari.

Waktu di sini adalah -7 jam waktu di Malaysia (cth: 10:30 mlm di Malaysia = 3:30 ptg di UK). Apa yang menarik di sini? Mmm...saya akan cuba kongsikan nanti ya...Selain minah salehnya yang putih2 melepak, hihi...banyak betul yang menarik bagi saya di sini...

Harga makanan / barangan kat sini je yang kurang menarik...mahal betul. Semalam saya beli burger ikan kat McDonald di sini berharga £2.99 (lebih kurang RM20 sebiji!). Masa makan adalah masa yang sangat saya rasa bertuah semasa berada di Malaysia...RM20 boleh beli 5-7 biji burger tu....

Setakat ni dulu ya...kita jumpa lagi nanti insyaAllah..