Sunday, September 28, 2008

JOM BERHARI RAYA DI KAMPUNG!!!


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR & BATIN

Time ni la seronok balik kg...walau sesibuk mana pun hidup kita di dunia yang tidak sebesar mana ini, jika saudara-saudari masih mempunyai ibubapa @ saudara terdekat, ziarahlah mereka di hari raya ini...tahun depan belum tentu kita masih mempunyai peluang ini..

Semoga kita dapat memperbaiki / mengeratkan hubungan kekeluargaan pada hari raya tahun ini...insyaAllah..

Ha...kalau memandu kenderaan balik ke kg (atau ke mana sajer), tak kirala pandu apa pun..pandulah dengan hati2, baca doa, mohon perlindungan daripada Allah swt untuk keselamatan sebelum memulakan perjalanan...semoga kita sentiasa beringat..

Dan yang paling penting bawa la kuih raya (especially untuk kaum wanita) untuk kawan2 masa kelas tutorial nanti ya...hehe

Salam Aidilfitri
Brader H

Hari mulia menjelang lagi,
Maaf bermaafan kunjung mengunjungi,
Ucap selamat pengganti diri,
Semoga persahabatan kekal abadi,
Kuih tradisi pembuka selera,
Mercun dan bunga api suatu kemestian,
Seronok beraya exam jangan lupa,
Agar ceria bila dapat keputusan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga :
-shahril-siti hawa-azri azizi-azrinadhirah-


Saturday, September 27, 2008

SELAMAT HARI RAYA

BUAT TEMAN-TEMAN SEMUA SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. KEPADA YANG BALIK JAUH2 BERHATI-HATI SEMASA MEMANDU BIAR LAMBAT ASALKAN DAPAT RAYA. Raya, raya jugak ye exam tetap akan datang so hope semua boleh jawab soalan exam lepas rayo ni no..bye



Thursday, September 25, 2008

pesanan dari dr noor ibrahim

salam pesanan dari dr noor

Dear All,Setakat ini saya baru terima 10 assignment sahaja. 2 orang hantar hardcopy dan yang lain secara e mel. Harap yang mana belum hantar tu atau yang sudah hantar melalui apa cara pun TETAPI masih belum terima apa-apa maklumbalas dari saya harap pastikan assignment anda dihantar secepat mungkin kepada saya. Saya terpaksa bagi markah '0' (KOSONG) untuk assignment kepada sesaipa yang tidak menghantar assignment tersebut.Sekian harap maklum dan sila war-warkan kepada rakan-rakan seperjuangan OK!Insya Allah kita akan berjumpa lagi pada sesi tutorial nanti sehingga berjumpa nanti saya ingin mengucapkan Selamat HARI RAYA Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kpd semua yang sudah berpuasa pd bulan Ramadhan ini...Sekian , Wassalam. Assoc.Prof.Dr.Noor Ibrahim Mohamed SakianCoordinatorOccupational Therapy ProgrammeFaculty of Allied Health SciencesUniversiti Kebangsaan MalaysiaEmail: drn00r@yahoo.comTel: 603-26878002Fax: 603-26878199


ain

surat pelepasan u/kaji

surat pelepasan u/kaji.
salam utk semua smlm saya bg email kt prof hawa mtk surat pelapasan so dia dah bg kat email semua org....

24hb September 2008

__________________________________________________

__________________________________________________



Tuan/puan

KELAS ULANGKAJI KHAS

1. PENGURUSAN MAKMAL BIOPERUBATAN (NB2162)
2. PENYELESAIAN MASAALAH I (NB4013)
3. TAJUK KHAS SAINS BIOPERUBATAN I (NB4012)
4. PROSES TEKNOLOGI INDUSTRI KESIHATAN (NB3222)
5. MIKROBIOLOGI KESIHATAN & PERSEKITARAN (NB2142)
6. DIAGNOSIS INTEGRATIF I (NB3233)


Dengan hormatnya izinkan saya merujuk perkara di atas.

Sehubungan itu dimaklumkan kelas ulangkaji khas untuk peperiksaan akhir semester 3 Kursus Eksekutif Sarjanamuda Sains Bioperubatan sesi 2007/2008 seperti berikut:


Tarikh
Masa
Tempat
Kursus
Kod Kursus
Pensyarah
8/10/08
08:00AM
BSH3
PENGURUSAN MAKMAL BIOPERUBATAN

DR. SITI BALKIS BUDIN
10:00AM

BSH3
PENGURUSAN MAKMAL BIOPERUBATAN

DR. KHAIROL OSMAN
9/10/08
8:00AM
BSH3
PENYELESAIAN MASAALAH 1
NB 3043
PM DR. NOOR IBRAHIM MD SAKIAN

10:00PM
BSH3
DIAGNOSIS INTEGRATIF I
NB 3043
DR. JACINTA SANTHANAM

2:00PM
BSH3
PROSES TEKNOLOGI INDUSTRI KESIHATAN
PM DR. KASWANDI MD AMBIA
10/10/08
8:00AM
BSH3
MIKROBIOLOGI PERSEKITARAN
DR. HING HIANG LIAN

10:00AM
BSH3
PROSES TEKNOLOGI INDUSTRI KESIHATAN
PM DR.NORAZIAH MD ZIN


2:00PM
BSH3
PENGURUSAN MAKMAL BIOPERUBATAN
DR. HALIM MANSAR













Sekian, untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya.

Terima kasih.



Yang benar,


PROF. MADYA DR. HAWA ISMAIL
Penyelaras
Program Eksekutif
Sarjanamuda Sains Bioperubatan Dengan Kepujian
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu
Universiti Kebangsaan Malaysia


s.k. Prof. Madya Dr. Siti Zamratul Maisara Mukhari
Timbalan Dekan [Akademik & HEP]

Prof. Madya Dr. Kaswandi Md Ambia
Prof. Madya Dr. Noor Ibrahim Md Sakian
Prof. Madya Dr. Noraziah Md Zin
Dr. Siti Balkis Budin
Dr. Hing Hiang Lian
Dr. Halim Mansar
Dr. Khairol Osman

Jabatan Sains Bioperubatan

ain.

Wednesday, September 24, 2008

KELAS REVISION

salam..



Rasanya semua dah dapat email tentang kelas ulangkaji kita.Prof Hawa dah tetapkan pada 8-10 oktober. Kepada yang jauh kena urus sendiri penginapan kerana student full time masih berada di kampus.



Tapi tak disertakan jadual lengkap untuk klim cuti tanpa rekod. Mungkin dapat nanti kot..apply dulu cuti rehat pastu kena ganti baliklah nampaknya.

Monday, September 15, 2008

PERUBAHAN JADUAL EXAM DAN TEMPAT

SALAM..

DIMAKLUMKAN KEPADA SEMUA, PROF HAWA DAH EMAIL TENTANG PERUBAHAN JADUAL EXAM KITA BESERTA TEMPATNYA SEKALI. BOLEH EMAIL SAYA JIKA NAK ATAU SEMAK WEBSITE PKP.

PERBEZAAN KETARA PADA SUBJEK HM DAN TEMPAT EXAM.

SAPE TAU KAT MANA DEWAN TIBE KKL ?

Tuesday, September 9, 2008

salam ramadhan

salam ramadhan dan salam sejahtera untuk semua.
pesanan ini dari prof hawa dia pesan kepada semua
sesiapa yang belum menghantar assignment dr balkis sila
serahkan sebalum tutorial bermula
pastu tanya dia pasal exam amali d.integratif dia kata
kemungkinan prof hamid nak buat mcm haritu dari
kultur bakteria sampai akhir......keputusan.
berkemungkinan besar dia cakap.
harap maklum.

ain

Wednesday, September 3, 2008

Nilai Mata Wang UK


Asalamualaikum semua,

Mmm...ari ni nak kongsi nilai mata wang UK berbanding RM plak...Nilai mata wang UK ni berbeza dari hari ke hari... Masa saya tukar tu £1 = RM6.27, minggu sebelumnya (summer holiday) RM6.52, RM6.48, RM6.36...dan seterusnya semakin menurun disebabkan tamatnya musim summer di UK. Tapi hari ni saya dapat tahu nilainya meningkat semula. Untuk pengetahuan, duit syiling diaorang ni adalah pence @ p (cth. 45p)...

Untuk K. Boob, "my wife tetap dihati...hehe". Untuk Cik Aduni, "saya kat sini drpd 31 Ogos - 22 September 2008 (3 minggu)". Ok...jumpa lagi..selamat buat assignment semua...

BANTUAN UNTUK HAWA

Ye, K. Boob jawab soalan multiple myeloma tu tapi tak taulah menepati kehendak Dr. Noor ke tidak. Yang no. 12 tu maksudnya prosedur-prosedur dalam pendiagnosan makmal yang boleh dipercayai yang diamalkan oleh makmal kita contohnya garis panduan penerimaan dan penolakan spesimen, kalibrasi ujian, Qc dan sebagainya. pendek kata apakah langkah yang kebolehpercayaan yang diamalkan oleh makmal kita apabila melakukan ujian dan mengeluarkan keputusan ujian tu lah. Agaknya lah.. Kak Boob siap je terus email ke Dr. Noor sebab malas nak fikir
Pengkelasan gammophaties ada beberap cara kak Boob buat yang di keluarkan oleh "The Durie-Salmon Staging System" dapat kat internet yang lain dah lupa tp Hawa boleh masuk Google taip je The Classification of Gammopathy

yang protein elektrophoresis tu K.Boob just terangkan interpretasi keputusan ujian je. itu sedikit sebanyak yang boleh dikongsi bersama. Takyah belanja tapi klu dapat pointer tinggi kira campur ngan k. Boob kemudian kita ambik purata je OK?

minta penjelasan sket kepada yang murah hati

Salam....

Nak tanya beberapa soklan nih..sumer berkaitan DR.NOOR punya..maklumlah baru nak buat. u all sumer dah siap kan..ada kekeliruan sket

KES 3- multiple myeloma (rasanya ada yang jawab soklan ni kot)

No 12..apa maksud technical account tuh ? Nak explain aper..prosedur setiap diagnosis lam tu ker? Kena citer detail ke tiap2 satu teknik ujiannya ?

Cth : serum protein elektroforesis - kena citer dari mula proses sampai dapat result ker.

No 6 : pengkelasan gammopathies ? sama ke dengan pengelasan immunoglobulin ataupon pengkelasan kes myeloma lain? cth : smoldering myeloma

Kak Boop jawab soklan ni gak kan..bleh kasi idea skeT

Nanti kalau betul semua, lepas grad saya blanjer makan besar-besaran..ekeke klu BETUL jer jawapannya

Tuesday, September 2, 2008

KONGSI CETA ORG UK

Hai hebat betul kau Sham. Gaya sakan kat sana tu. Dok nampak awek mat saleh putih-putih jgn pulak lupa anak bini kat sini. Kesian depa dok sahok tak dak bapak buka posa pun tak jumpa. Moga-moga raya kali ni paling bermakna bagi kau dan keluarg (sebab lama tak jumpa). Assignment dah siap semua ke..........

Salam Ramadhan


Asalamualaikum Abg2 / Kakak2 & Adik2 yang dikasihi,

Saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua, semoga puasa tahun ini adalah lebih baik daripada tahun2 sebelumnya. Saya sekarang sedang menjalani attachment kat University of Hertfordshire, Hatfield, UK. Untuk pengetahuan waktu berpuasa di sini lebih panjang sedikit (imsak, 4:13am dan buka, 7:44pm), tapi ia satu pengalaman yang menarik untuk saya kongsikan dengan saudara-saudari.

Waktu di sini adalah -7 jam waktu di Malaysia (cth: 10:30 mlm di Malaysia = 3:30 ptg di UK). Apa yang menarik di sini? Mmm...saya akan cuba kongsikan nanti ya...Selain minah salehnya yang putih2 melepak, hihi...banyak betul yang menarik bagi saya di sini...

Harga makanan / barangan kat sini je yang kurang menarik...mahal betul. Semalam saya beli burger ikan kat McDonald di sini berharga £2.99 (lebih kurang RM20 sebiji!). Masa makan adalah masa yang sangat saya rasa bertuah semasa berada di Malaysia...RM20 boleh beli 5-7 biji burger tu....

Setakat ni dulu ya...kita jumpa lagi nanti insyaAllah..